Tokey Punya Bisnes

Monday, September 20, 2010

Meraikan tetamu seolah-olah kenduri

Salam..semalam ada sedara-mara n adik beradik nk datang umah, so..sempena bln raya ni, kami masak2 la sikit utk tetamu..yg tepon nk dtg dlm 6 biji keta..tokey andaikan dlm 30 orang la agaknya...sekali yg datang smpai ke mlm semua sekali dlm 56 orang...hehehehe...penat tu biasa la..tp yg penting semua makanan sapu bersih..siap masak menu lain lak tu yg dtg last2 mlm td...layanzz jelah..NASI TOMATO + DALCA TULANG + AYAM MERAH + ACAR MENTAH + SPAGETI AYAM WIF MIXMUSHROOM



Ni snap masa cik abe tokey nk merasa...merasa smpai menambah 2 kali..kelas my cayaaang...hehehehe...sebelum tetamu dtg, mkn dulu kenyang2 sb dia ni pemalu orgnya..lau org dh dtg..dia yg cibuk buat air la..menghidang la...nk cover segan..huhuhuhu



Ni lak spageti yg saje di hidang...semata2 nk snap gambarnya...

NASI TOMATO


Bahan-bahan:-
Beras (masa masak ni dlm 10 pot)
2 biji Bwg besar
3cm halia
10 biji bwg putih
segenggam kismis hitam
1 tin tomato puree yg kecik
3 biji buah tomato
Rempah kasar (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih)
Minyak
Air
Garam

Cara membuatnya:-
1. Tumis rempah kasar hingga berbau, kemudian masukkan bwg besar + halia + bwg putih smpai kekuningan.
2. masukkan buah tomato yang dipotong kecil , goreng smpai layu.
3. Masukkan tomato puri, sedikit air..biar seketika hingga mendidih.
4. Masukkan beras yg telah di basuh n toskan. Goreng sekejap sebelum masukkan air + garam.
5. masak seperti biasa....dh kering, balik-balikkan nasi n tabur kismis hitam di atas nasi sebelum tutup kembali.
6. Tunggu sehingga nasi masak.

AYAM MERAH KACANG PEAS




Bahan-bahan:-
Ayam - potong kecil
10 Bawang putih }bahan perap
3 cm halia } bahan perap
3 biji bawang besar } bahan kisar
7 ulas bwg putih } bahan kisar
1 cm halia } bahan kisar
3 biji cili merah - dihiris nipis
3 sudu cili boh
sos tomato
1 tin kacang peas
2 susu air asam jawa / 1 keping asam keping
gula
garam

Cara membuatnya:-
1. Perap ayam yang dibasuh bersih dengan bahan perap.
2. Goreng ayam yg diperap sehingga garing. Ulang sehinga habis ayam n Ketepikan.
3. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
4. Masukkan cili boh n tunggu hingga naik minyak.
5. Masukkan sos tomato + sos cili +cili merah + garam + air asam jawa.
6. Masak hingga mendidih n pekat.
7. Masukkan ayam yg dh digoreng.
8. Masukkan kacang peas n gaul sekejap sebelum tutup api.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails